Monday, 13 May 2013

Life As A Sailor


Canon EOS 5D Mark II + Canon EF 17-40mm f.4L USM
1/640 sec ~ f/5.6 ~ iso 100


Since I am onboard a ship for the past 1 1/2 month, I haven't post any pictures related to my job. I have another 2 weeks to work onboard before back to shore for on leave. 

Just to share with others, I will try to post as many pictures as possible for readers to know what is life as a sailor all about. And just for the info, the ship that I am working now is attach to the oil rig platform.The ship is not moving because 4 anchors holding her resting on the seabed. 

I hope the picture above tell everything about what I am going to post after this. Just wait. Grap a popcorn, sit tight and enjoy the pictures. 


LOTUS 
Canon EOS 5D Mark II ~ Canon EF 100-400mm f/4L USM
1/80 sec ~ f/5.6 ~ ISO 100

Canon EOS 5D Mark II ~ Tamron SP 90mm 
1/10 sec ~ f/9 ~ ISO 100

Sunday, 20 January 2013

It's Time To Write Something

Assalamualaikum and good day to all, 

I just came back from a trip to Flores Island, eastern Indonesia or specifically to Komodo Island where all the komodo dragon can be seen. Beside a trip to Komodo National Park I also managed to dive at Komodo waters to see the most attraction sea creatures, Manta Ray. 

I will come back later with all the photos. 

Regards
Redzal 

Tuesday, 1 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU


Selamat Tahun Baru 2013

Canon EOS 5D Mark II + Tamron SP90mm f/2.8
1/400 ~ f/2.8 ~ ISO 160

Sudahkah azam 2012 dipenuhi?
Apakah azam tahun 2013?


Monday, 31 December 2012

Selamat Pagi (Quick Update)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. "Quick update" blog saya sebelum saya berkarya dengan topik selanjutnya. 

Lepas solat Subuh tadi terus pergi joging di kawasan pantai. Sekarang jam dah menunjukkan pukul 8:11 minit pagi. Ada lebih kurang 5 minit je lagi untuk saya mengemaskinikan blog ini sebelum saya meneruskan aktiviti pagi ini. 

Pukul 08:45 kena keluar dari rumah untuk bawa mak ke Hospital Putera. Kalau lambat keluar nanti takut dapat nombor giliran jauh ke belakang..hehehehe...temujanji dengan doktor jam 09:30 pagi. 

Dengan izin Allah, diharap semua urusan berjalan dengan lancar. Nantikan celoteh seterusnya dari saya selepas ini. 

Sampai jumpa lagi..tata titi tutu

Senyum selalu dan selamat pagi semua :) 

Sunday, 30 December 2012

Baba dan Nyonya

 Kebetulan ada perasmian Kebudayaan Baba dan Nyonya di kampung saya di Bukit Rambai, Melaka semalam (29 Disember 2012) jadi kesempatan yang ada digunakan untuk mengambil beberapa keping gambar yang mana saya rasakan boleh dikongsi kan bersama pembaca lain. 

Ramai yang tidak tahu tentang keunikan masyarakat ini. Jadi, saya rasa elok sekiranya saya berkongsi maklumat tentang masyarakat peranakan Melaka ini. 

Asal Usul Peranakan CinaMasyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya di  Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan.
Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya.
Mewarisi TradisiMasyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka.
Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu.
BahasaMasyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah  golongan ini  mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien.
Canon 5D Mark II + Canon EF 50mm f/1.2L USM ~ 1/500sec ~ f/2.5 ~ ISO 100
Contoh baju kebaya yang dibawa untuk ditontonkan kepada umum. Seni buatannya sangat halus dan cantik

PakaianKebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina.


Canon 5D Mark II + Canon EF 50mm f/1.2L USM ~ 1/400sec ~ f/2.5 ~ ISO 100
Gambar ni pun diambil semasa majlis perasmian Kebudayaan Masyarakat Baba dan Nyonya. Kebanyakan aktiviti sebegini hanya dipopulari oleh golongan lama kerana golongan muda sekarang tidak ramai yang tahu











MakananMasyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan masyarakat Melayu.
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka. Mereka makan dengan tangan  dan masakan  gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti  masak lemak, asam pedas, dan sambal belacan menjadi kegermaran seharian.

Canon 5D Mark II + Canon EF 50mm f/1.2L USM ~ 1/400 sec ~ f/2.5 ~ ISO 100
Ini lah contoh gambar kuih tradisional masyarakat Baba dan Nyonya yang dibuat semasa majlis perasmian tu. Kuih ni kalau nak buat rumit. Kalau dulu orang guna bara api dari arang dan sabut untuk masak kuih ni, sekarang dah moden. Guna api dapur gas je 



Pantang LarangMasyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan jin ataupun hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.
Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu. 
Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau ‘Chicken Pox’,masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.
MuzikHasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya telah melatari kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang Sayang yang dilagukan dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan. Bagi generasi kini, Muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun atau keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu kini telah berkurangan.
KesimpulanMasyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.

Canon 5D Mark II + Canon EF 50mm f/1.2L USM

1/4000 sec ~ f/1.2 ~ ISO 200