KETANDUSAN
Sebagai orang yg baru dlm dunia blog, memang sesuatu yg sukar untuk memastikan blog sentiasa dikemaskini dengan topik-topik semasa. Kadang-kadang tu memang tak tahu nak tulis apa di ruangan blog.
Saya ada seorang kawan perempuan yg telah lama dikenali. Selalu jugak bertukar-tukar sms melalui sistem "Whatsapp". Beliau bekerja sebagai seorang pendidik. Juga mempunyai blog sendiri yang kadang-kadang dikemaskinikan dan kadang-kadang tu tak dikemaskinikan pun....Opsssss.. :)
Sebagai seorang yg telah lama berkawan dan telah lama berblog, jadi tidak salah untuk saya katakan bahawa beliau adalah tempat untuk saya membuat rujukan. Malah sebelum saya membuat blog saya sendiri pun, saya telah dapatkan pandangan dan pendapat beliau.
Katanya, "buat aje blog tu. Sekurang2nya boleh berkongsi minat dalam bidang fotografi, "scuba diving" dan "travel" dengan kawan2 yg lain. Dan pastikan blog tu santai dan mudah dibaca dan tidak terlalu boring."
Tertanya-tanya juga lah saya apa yang dimaksudkan dengan "santai" dan "tidak terlalu boring apabila dibaca".
Untuk lebih faham, blog-blog lain yang telah lama diterbitkan adalah jalan terbaik untuk dijadikan rujukan. Baik blog domestik mahupun blog antarabangsa. Kalau dilihat dan dibaca dengan teliti blog-blog orang "omputih" ni memang santai. Penggunaan bahasa tidaklah terlalu formal dan tidak mengikut tatabahasa yang sebetulnya. Yang penting intipati difahami apabila dibaca.
Tidak dinafikan juga ada jugak blog-blog yang membosankan dan terlalu formal.
Gambar yang disertakan di dalam tulisan ini menceritakan segala-galanya. Ketandusan idea buat yg baru memulakan blog macam saya. Dengan izin Allah, saya akan pastikan agar blog saya ini akan sentiasa dikemaskinikan untuk tatapan semua.
Selamat berhujung minggu buat semua dan buat pembaca yang mempunyai anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan minggu hadapan, pastikan semua keperluan telah disediakan. Buat pembaca yang terlibat dengan banjir, banyak-banyakkan bersabar dengan dugaan yang menimpa.
Senyum selalu. Sampai jumpa lagi......Assalamualaikum wbt.
[kalau tulis panjang-panjang nanti, takut bosan pula nak baca...... :) ]
No comments:
Post a Comment