Sunday, 30 December 2012

Selamat Malam

Assamualaikum wbt dan selamat pagi....

             Sepatutnya malam ni sebelum melabuhkan kelopak mata, teringin juga nak berkarya tentang satu budaya Melaka yang semakin dilupakan - Baba dan Nyonya

             Kebetulan petang tadi ada majlis perasmian Kebudayaan Baba dan Nyonya di kampung saya Bukit Rambai, Melaka dan dirasmikan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam (nak tulis nama penuh tak ingat...hehehehe). Jadi, semasa majlis tu berlangsung sempat juga lah saya 'snap' beberapa keping gambar wanita-wanita anggun memperagakan pakaian tradisional Baba dan Nyonya ni. Baik yang muda mahupun yang veteran. 

            Disebabkan mata pun dah berat, badan pun dh penat, jadi saya ingat esok je lah saya lengkapkan coretan berkenaan dengan budaya Baba dan Nyonya. Salah satu budaya lama yang semakin pupus. 

           Sampai jumpa lagi esok. Senyum selalu dan selamat malam.  

(saya akan kongsikan beberapa keping gambar esok dalam coretan selanjutnya)

No comments:

Post a Comment